Saturday, May 9, 2009

To Ex-Gf Kedua

0040am / 9 May 2009
tidak kusangka, hati yg berkocak dan kelesuan pada siang hari seakan memberi petanda buat diri ku.. msg yg ku terima sebentar tadi benar2 membuat kan hati ku gundah gelana..
setitis demi setitis air mata lelaki gugur ke bumi disebabkan oleh seorang wanita buat kali ke tiga.. kali ini perkhabaran yang ku terima membuat ku tidak dapat menahan air mata in lagi.. dengan jujur dia berkata, HATINYA TELAH DIMILIKI.. terima kasih buat yg kedua..

Thursday, April 30, 2009

Men Are Hard To Please

Men Are Hard To Please

The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;

If u Don't, he says u are PROUD.

If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;

If u Don't, he says u are from KAMPUNG.

If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;

If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.

If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;

If he's Smarter than u, he is GREAT.

If u don't Love him, he tries to POSSESS u;

If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)

If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;

If u don't, he says that u don't TRUST him.

If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;

If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.

If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;

If he BREAKS his, he is FORCED to do so.

If u SMOKE, u are BAD girl;

If he SMOKES, he is GENTLEMENT.

If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;

If he does WELL, it's BRAINS.

If u HURT him, u are CRUEL;

If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!

& sooo hard to please!!!!!









If u send this to guys, they will swear that it's not true.......

but if u don't, they say u are selfish.....

The moral of the story is.......SEND THIS TO GUYS OUT THERE ANYWAY...

Send it to girls also, gives them some laughter

Sunday, April 26, 2009

hm.. td dia dah reply msg aku..
dia minta maaf atas suma yg berlaku..
dengan alasannya yg tersendiri, tetapi ttp tidak memberitahu aku kenapa harus hubungan ini dihentikan..
bila ditanya tentang jika dia sudah berpunya.. dia menafikan sekeras2nya..
ape lagi yang harus aku lakukan?
adakah harus aku merelakannya sedangkan dia seperti cuma hendak mempermainkan aku..
telah ku jadikan peringatan kepada semua dalam blog aku yg lepas..
ibaratkannya seperti ikan, jgn lepaskannya jika ia telah tersangkut di mata kail..
tp... apekan daya..
ianya terjadi juga kepada diri ku ini..
bukan sekali... ini kali ketiga..
bagaimanakah harus aku percaya kapada kaum mu sedangkan aku telah menyatakannya? wahai wanita??
kau madu kau juga racun..
walaupun telah diberitahu tetntang mengapa.. tp aku masih lagi dalam keadaan terkejut..
tiada apa yg dapat aku lakukan pada hari ini selain dari memikirkan tentangnya..

tidur dalam menangis

entah ape dah jadi ngan aku agaknya...
sangkaan aku semakin tepat..
ape yang pernah aku lalui dulu berulang kembali..
walaupun aku tau ni semua dugaan, tp berat rasanya bagi aku..
malam tadi aku x dapat tidur dengan lena, terbangun dan tidur dalam keadaan air mata meleleh.. what was that?? aku tidur dalam menangis.. sama keadaannya mcm aku kena 1st time dulu..
ape yang aku harapkan sekarang adalah aku tidak akan mudah berputus asa mcm dulu, sanggup menunggu selama bertaun2 hanya untuk benda yg x pasti..

Saturday, April 25, 2009

To who's make me like this.. THANK YOU

salam..

bump for me..
huhu.. kenapa ek au susahsgt nak dapat awek...
padahal aku dah buat yg terbaik..
ataupun aku yg x pandai nak handle..

the latest news..
aku berkenalan ngan sorang awek ni.. dak satu kelas ngan aku jugak masa kat teknik dulu..
lama lost contact.. aku agak lebih dari 8 taun kot..
dipendekkan crita.. aritu aku terjumpa la ngan dia balik..
tukar2 no hanpon, and last stakat arini dah 2 kali la aku kuar ngan dia
aku pun suka da tahap cipan kat dia ni... dia pun pada awal nya melayan jugak..

sampai la satu ketika (tadi), ttiba msg aku cakap IM NOT SUITABLE WITH U..
berderau darah aku.. tapi mcm biasala, aku cuba untuk bertenang n berfikir..
kenapa? kenapa? dan kenapa??? suma ni harus terjadi pada aku..
padahal aku bersungguh2 tidak akan menduakan sesiapa yg menjadi isteri aku..
aku cuba berikan segala yg di minta, dan memberikan kasih sayangyg sekupnya..
tp apekan daya, aku tetap gagal untuk memiliki sebuah jiwa dan hati yg ikhlas dengan aku..

dengan ex-gf yg pertama,
sebab kena tinggal-baru dia tahu dunia besar dan luas
dengan ex-gf yg kedua
sebab kena tinggal-ada bf lain(curang)
latest gf
sebab kena tinggal-ada bf lain(curang)

ape conclusion yg dapat dari sini?
entah lah, aku anggap baik aje wpun penah dulu aku di kategorikan sebagai pesakit mental sebab x dapat trima kenyataan.. ko trima kasih ex-gf pertama...

skangni aku dah kembali mcm dulu.. kalau korang nak kawan ngan aku baik berhati2 sbb aku mungkin lagi gila dan sasau dari dulu..
trima kasih ex-gf ketiga...

untuk ex-gf kedua,
ko mmg baik, ko keluarkan aku dari dunia khayalan fantasi aku sendiri, ko tunjukkan kepada aku betapa indahnya ciptaan tuhan.. sehingga aku kembali bersujud menunaikan tanggungjawap aku sebagai seorang islam..
tp ko juga lah racun dalan hidup ku.. ko musnahkan kembali kepercayaan aku terhadap makhluk Allah yg bergelar wanita, alangkah berterima kasihnya aku kepada kau.. trima kasih..

Now seek n destroyed.. No more bygones by bygones..
thrully..

Sunday, April 5, 2009

salam..

Assalamualaikum suma..
wah, agak lama juga aku x mengupdatekan blogger aku ni..
huhu..
aku pun x tau nak tulis benda kat sini sbnarnya.. tp ntah ler..
belasah ajer la

Saturday, March 7, 2009

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

25 sebab suami 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun
ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla
bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu
dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak
"

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat
dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat
bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma
tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis
sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam
telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli
garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh
singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya
kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula
getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware
kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin
dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet
pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh
baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah
pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.
" sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih
betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen
lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi
jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi
nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam
nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre
client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan
I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla
bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak
nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO
universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu
makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Tuesday, February 24, 2009

Sunday, February 15, 2009

Petua memilih gadis untuk teruna....

Petua memilih gadis untuk teruna....

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhankerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a) Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu? Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik. Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut. Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a. Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda: Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali). Lakukan Risikan Secara Rahsia Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula. Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata. Cari Yang Duduk Bersama lbubapa Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup. Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda. Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama. Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan Cari Yang Didikan Agamanya Cukup Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki. Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula! Bertunang Jangan Lama Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu. Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab. Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman Elakkan Dari Terlalu Cemburu Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama. Layan Dia Dengan Baik Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya. Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil Bertanggungjawab Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Maksiat

Assalamualaikum Wrt Wbt

Betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya.... Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nes caya akan cair sampai
ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga d i bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.


Mafhum Ayat Al-Quran:
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

JANGAN DI SIA-SIAKAN

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Monday, February 2, 2009