Wednesday, November 17, 2010

would you to me mine???

sungguh lama aku x update blog ni..
ttiba terpanggil semula untuk menulis kembali ape yg ade dalam fikiran aku,
hm.. dah lebih sebulan dari sejak aku kuar hospital dia dah semacam acuh x acuh dari dengan aku, ape aku harus buat..
aku masuk hospital mmg aku x bgtau dia.. agaknya betul la kot org cakap ego sesetengah lelaki ni tinggi, mahal woo..
tp, manakan aku tau rupanya dia pun dalam keadaan terkejut dan terperanjat sbb eksiden.. kenapa la kamu x bgtau aku yg kamu tu eksiden, huhu..
sekarang, kau x dah msg aku langsung... aku msg, kol.. x berjawap...
aku leh faham bila kamu minta masa untuk diri sendiri, tp sampai bila sayang oi..huhu..
bukan aku x bersabar dengan kau.. aku tetap akan menunggu kamu kalau itu memang berbaloi bg aku..
hari ni ttiba aku terasa sakit sangat kepala bila nmpak wall status kamu di fb.. sape 'muncit' tu sayang? adekah kamu dah dimiliki org lain? ataupun hanya aku yg berprasangka.. siapa tau kalau 'muncit' tu nama hanya kawan rapat kamu, atau mungkin jugak hanya nama kucing kesayangan kamu.. aku x tau, huhu..
aku bukan la seorang yg cepat melatah, tp aku lebih mementingkan kejujuran dan keikhlasan kamu.. aku sanggup tggu jika kalau memang aku ada jodoh dengan mu sayang...
atau adekah aku yg sebenarnya bodoh bila mane erti sebenar kamu kata ingin menyendiri yg membawa erti lain.. ahh, aku percaya sama kamu sayang..

Saturday, May 9, 2009

To Ex-Gf Kedua

0040am / 9 May 2009
tidak kusangka, hati yg berkocak dan kelesuan pada siang hari seakan memberi petanda buat diri ku.. msg yg ku terima sebentar tadi benar2 membuat kan hati ku gundah gelana..
setitis demi setitis air mata lelaki gugur ke bumi disebabkan oleh seorang wanita buat kali ke tiga.. kali ini perkhabaran yang ku terima membuat ku tidak dapat menahan air mata in lagi.. dengan jujur dia berkata, HATINYA TELAH DIMILIKI.. terima kasih buat yg kedua..

Thursday, April 30, 2009

Men Are Hard To Please

Men Are Hard To Please

The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;

If u Don't, he says u are PROUD.

If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;

If u Don't, he says u are from KAMPUNG.

If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;

If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.

If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;

If he's Smarter than u, he is GREAT.

If u don't Love him, he tries to POSSESS u;

If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)

If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;

If u don't, he says that u don't TRUST him.

If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;

If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.

If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;

If he BREAKS his, he is FORCED to do so.

If u SMOKE, u are BAD girl;

If he SMOKES, he is GENTLEMENT.

If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;

If he does WELL, it's BRAINS.

If u HURT him, u are CRUEL;

If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!

& sooo hard to please!!!!!









If u send this to guys, they will swear that it's not true.......

but if u don't, they say u are selfish.....

The moral of the story is.......SEND THIS TO GUYS OUT THERE ANYWAY...

Send it to girls also, gives them some laughter

Sunday, April 26, 2009

hm.. td dia dah reply msg aku..
dia minta maaf atas suma yg berlaku..
dengan alasannya yg tersendiri, tetapi ttp tidak memberitahu aku kenapa harus hubungan ini dihentikan..
bila ditanya tentang jika dia sudah berpunya.. dia menafikan sekeras2nya..
ape lagi yang harus aku lakukan?
adakah harus aku merelakannya sedangkan dia seperti cuma hendak mempermainkan aku..
telah ku jadikan peringatan kepada semua dalam blog aku yg lepas..
ibaratkannya seperti ikan, jgn lepaskannya jika ia telah tersangkut di mata kail..
tp... apekan daya..
ianya terjadi juga kepada diri ku ini..
bukan sekali... ini kali ketiga..
bagaimanakah harus aku percaya kapada kaum mu sedangkan aku telah menyatakannya? wahai wanita??
kau madu kau juga racun..
walaupun telah diberitahu tetntang mengapa.. tp aku masih lagi dalam keadaan terkejut..
tiada apa yg dapat aku lakukan pada hari ini selain dari memikirkan tentangnya..

tidur dalam menangis

entah ape dah jadi ngan aku agaknya...
sangkaan aku semakin tepat..
ape yang pernah aku lalui dulu berulang kembali..
walaupun aku tau ni semua dugaan, tp berat rasanya bagi aku..
malam tadi aku x dapat tidur dengan lena, terbangun dan tidur dalam keadaan air mata meleleh.. what was that?? aku tidur dalam menangis.. sama keadaannya mcm aku kena 1st time dulu..
ape yang aku harapkan sekarang adalah aku tidak akan mudah berputus asa mcm dulu, sanggup menunggu selama bertaun2 hanya untuk benda yg x pasti..

Saturday, April 25, 2009

To who's make me like this.. THANK YOU

salam..

bump for me..
huhu.. kenapa ek au susahsgt nak dapat awek...
padahal aku dah buat yg terbaik..
ataupun aku yg x pandai nak handle..

the latest news..
aku berkenalan ngan sorang awek ni.. dak satu kelas ngan aku jugak masa kat teknik dulu..
lama lost contact.. aku agak lebih dari 8 taun kot..
dipendekkan crita.. aritu aku terjumpa la ngan dia balik..
tukar2 no hanpon, and last stakat arini dah 2 kali la aku kuar ngan dia
aku pun suka da tahap cipan kat dia ni... dia pun pada awal nya melayan jugak..

sampai la satu ketika (tadi), ttiba msg aku cakap IM NOT SUITABLE WITH U..
berderau darah aku.. tapi mcm biasala, aku cuba untuk bertenang n berfikir..
kenapa? kenapa? dan kenapa??? suma ni harus terjadi pada aku..
padahal aku bersungguh2 tidak akan menduakan sesiapa yg menjadi isteri aku..
aku cuba berikan segala yg di minta, dan memberikan kasih sayangyg sekupnya..
tp apekan daya, aku tetap gagal untuk memiliki sebuah jiwa dan hati yg ikhlas dengan aku..

dengan ex-gf yg pertama,
sebab kena tinggal-baru dia tahu dunia besar dan luas
dengan ex-gf yg kedua
sebab kena tinggal-ada bf lain(curang)
latest gf
sebab kena tinggal-ada bf lain(curang)

ape conclusion yg dapat dari sini?
entah lah, aku anggap baik aje wpun penah dulu aku di kategorikan sebagai pesakit mental sebab x dapat trima kenyataan.. ko trima kasih ex-gf pertama...

skangni aku dah kembali mcm dulu.. kalau korang nak kawan ngan aku baik berhati2 sbb aku mungkin lagi gila dan sasau dari dulu..
trima kasih ex-gf ketiga...

untuk ex-gf kedua,
ko mmg baik, ko keluarkan aku dari dunia khayalan fantasi aku sendiri, ko tunjukkan kepada aku betapa indahnya ciptaan tuhan.. sehingga aku kembali bersujud menunaikan tanggungjawap aku sebagai seorang islam..
tp ko juga lah racun dalan hidup ku.. ko musnahkan kembali kepercayaan aku terhadap makhluk Allah yg bergelar wanita, alangkah berterima kasihnya aku kepada kau.. trima kasih..

Now seek n destroyed.. No more bygones by bygones..
thrully..

Sunday, April 5, 2009

salam..

Assalamualaikum suma..
wah, agak lama juga aku x mengupdatekan blogger aku ni..
huhu..
aku pun x tau nak tulis benda kat sini sbnarnya.. tp ntah ler..
belasah ajer la

Saturday, March 7, 2009

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

25 sebab suami 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun
ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla
bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu
dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak
"

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat
dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat
bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma
tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis
sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam
telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli
garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh
singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya
kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula
getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware
kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin
dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet
pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh
baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah
pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.
" sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih
betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen
lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi
jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi
nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam
nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre
client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan
I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi
budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla
bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak
nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO
universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu
makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah
rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah
di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama
susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Tuesday, February 24, 2009